Image minyak argan

Image minyak argan

Thursday 21 December 2017

8 Khasiat Minyak ARGAN untuk Rambut.

Hari ni aini nak kongsikan sedikit pengalaman aini guna minyak argan pada rambut aini

Aini memang mempunyai masalah rambut, pantang la rambut aini ni tersalah pakai shampoo atau lambat kering, mudah sangat kelemumur muncul.

Dah habis ikhtiar dah, macam mana nak hilanglan kelemumur, tapi bila aini jumpa minyak argan, hari peetama aini sapu minyak argan pada tapak rambut, alhamdullilah kelemumur semakin berkurang.😍

Rambut aini pun semakin lembut, sangat lembut, sampai anak aini pun suka main dengan rambut aini sekarang ni. Malah anak-anak rambut semakin banyak tumbuh, syukur alhamdullilah, harap lebat la rambut aini lepas ni 😀


Ok, jom aini terangkan sikit Khasiat Minyak ARGAN ni untuk Rambut.

Minyak Argan sangat bermanfaat untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Cecair EMAS ini memberikan nafas baru kepada rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya.

Minyak Argan ini mempunyai beberapa khasiat seperti berikut :-

1-Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi dan mengurangkan kekasaran rambut.

2-Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan pertumbuhan dan keanjalan rambut.

3-Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus.

4-Anti-oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih sel sel yang rosak.

5-Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen terbaik untuk rawatan rambut secara semulajadi dan memelihara rambuat daripada agen perosak.

6-Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.
 
7-Pakar-pakar rambut mempercayai Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.
 
8-Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.



Wah, teruja pulak aini dengan khasiat minyak argan ni, jom amalkan minyak argan untuk kecantikan rambut 😍

Hingat muka je nak cantik, rambut pun nak cantik jugak tau, salah satu mahkota kesayangan suami aini tu tau..jangan abaikan kecantikan kita buat suami yang tersayang😘


No comments:

Post a Comment

Perbezaan antara Face Oil, Serum dan Essential Oil

Assalamualaikum sahabat maya,   Selama ni kita pakai segala produk pada muka kita, tapi kita tak tau apa perbezaan nya, plus ramai yang k...